Home Hiburan Aslan nama anak Kaka Azraff

Aslan nama anak Kaka Azraff

Aslan nama anak Kaka Azraff
Aslan nama anak Kaka Azraff

Selepas hampir seminggu melahirkan anak pertamanya, penyanyi Kaka Azraff dan suami Adam Azriff mengumumkan nama anak mereka semalam.

Memilih nama Aslan bin Adam, suami Kaka turut tidak ketinggalan berkongsi rasa hatinya di ruangan kapsyen laman Instagram.

Mahu melihat anaknya itu menjadi seorang hebat suatu hari nanti, doa Adam juga agar anaknya sentiasa menjadi seorang anak yang baik buat dia dan Kaka.

“Daddy sentiasa mendoakan agar kamu menjadi seorang yang hebat, berpengetahuan, penuh kasih sayang dan keimanan dalam hati yang penuh kepada Allah.

“Daddy berharap agar kamu membesar menjadi seorang anak yang baik kepada semua orang dan diri sendiri.

“Satu hari nanti, kamu akan mengambil alih tempat Daddy untuk menjaga Mummy dan menjadi ketua keluarga,”antara tulisannya yang cukup menyentuh hati.

Exit mobile version