Pelakon dan pengacara Amelia Henderson menjadi tumpuan terutama di aplikasi Tiktok selepas videonya bersama Aedy Ashraf menampakkan seolah-oleh pelakon itu memakai rantai dengan loket berbentuk salib.
Ramai netizen yang mengecam dan mempersoalkan keperluan Amelia memakai rantai berbentuk sedemikian.
@ameliath ur last two brain cells @Aedy Ashraf ♬ original sound – yes this is amelia 🙄😂
“Rantai tu boleh mengundang fitnah
“Rantai Amelia pakai tu lambang apa ya
“Terlalu taksub, semua pun nampak bentuk salib,” antara komen yang ditinggalkan.
Namun, disebabkan kekeliruan tersebut ada seorang wanita mendedahkan bentuk sebenar rantai yang dipakai Amelia. Ianya adalah bentuk ‘ballerina’.
“I sumpah tak faham kenapa ramai kecam necklace Amelia dekat tiktok
“Cuba tengok betul-betul it’s not “T”, but ballerina necklace,” tulisnya menerusi satu ciapan di X.
i sumpah tak faham bakpe ramai kecam necklace ameliath dekat tiktok –
cuba tengok betul betul its not “T” , but ballerine necklace 🕺🏼💃🏼💫
CANTIK GILSSSS BALLERINE NECKLACE SHE PAKAI~ pic.twitter.com/5zes41rT8J
— Anis | l 🧚♀️ (@farahxnnies) April 16, 2024
Wanita tersebut turut memuat naik gambar bentuk ballerina tersebut.