Alvin Chong pun puasa, pesan pada peminat jangan tinggal solat!

RAMADAN adalah bulan paling dinanti oleh penganut agama Islam dan sudah pasti ibadah berpuasa akan dilengkapkan selama satu bulan bagi umat Islam yang mampu.

Pelakon berbangsa Cina, Alvin Chong juga tidak ingin ketinggalan dan turut ikut berpuasa sama seperti kewajipan yang dilakukan oleh kaum muslim.

Di akaun media sosial Instagram, penyanyi lagu Sayangku Salmah ini telah berkongsi video Instalive yang menunjukkan ia sedang bersahur di hari pertama Ramadan.

Video yang dikongsi Alvin Chong

Video tersebut menunjukkan Alvin yang sedang bersahur di rumah seorang usahawan, Puteri Zarith dan apa yang menarik Alvin juga berkongsi fakta bahawa dirinya gemar memakan kurma.

Selain mengajak peminatnya untuk sama-sama berpuasa, Alvin juga mengingatkan orang ramai supaya tidak meninggalkan solat.