3 hari keluar ikut tabligh, Nabil teresak-esak dapat ‘kenal’ Islam dan Nabi

SIAPA tak kenal pengacara dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad memang dikenali dengan jenaka spontannya yang sering membuat penonton tidak kering gusi.

Namun lain pula reaksi yang diberikan peminat apabila Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 38, apabila tular di media sosial setelah menyertai jemaah tabligh baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsikan di laman Youtube BroLah TV, kelihatan Nabil berucap di hadapan hadirin sambil meluahkan perasaannya yang lama terpendam.

“Tak pernah tengok lagi suasana sebegini, dah 37 tahun hidup ni kali pertama saya tengok perkara sebegini.

“Baru sekarang tahu lebih mendalam kisah para nabi, dah 11 tahun saya berdiri hadapan jutaan penonton namun ini merupakan kali pertama saya rasa jantung berdebar begitu laju di hadapan kalian,” ujar nabil sambil dalam keadaan sebak.

Nabil dikhabarkan menyertai jemaah tabligh tersebut selama tiga hari.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa syukur dan kagum atas perkongsian Nabil itu.

“Alhamdulillah semakin ramai artis makin dekat dengan agama. Berharap lebih ramai ikut jejak Nabil selepas ini,”

“Subhanallah, semoga berkekalan Nabil,” tulis netizen.