Warga emas positif COVID-19 koma, terjun dari tingkat 12

SEORANG lelaki warga emas berusia 57 tahun ditemui dalam keadaan parah selepas bertindak nekad terjun dari bangunan sebuah flat di Bandar Baru Sentul Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, polis turut menemui nota di bahagian badan mangsa menyatakan dia merupakan pesakit positif COVID-19.

Menurut Beh Eng Lai, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring oleh awam dalam keadaan cedera parah.

“Hasil siasatan mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala, paru-paru, perut, serta patah bahagian tangan dan kaki.

“Mangsa kini sedang menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), akibat kecederaan kritikal dan koma,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tegas Beh Eng Lai, beliau memohon agar orang ramai tidak melakukan sebarang perbuatan yang boleh memudaratkan diri sehingga mendatangkan bahaya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri.

Most Popular