Warga asing liat patuh SOP, bakal diusir pulang – KP Imigresen

Gambar hiasan

JABATAN Imigresen menegaskan agar kesemua warga asing di negara ini untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 seperti yang ditetapkan kerajaan.

Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud sejak kebelakangan ini tular mengenai beberapa kes melibatkan warga asing yang enggan mematuhi SOP.

Ujarnya, perkara itu juga telah mencetuskan perasaan kurang senang dalam kalangan masyarakat.

“Jabatan ini tidak akan teragak-agak untuk membatalkan Pas dan sebarang kemudahan Imigresen yang telah diberikan.

“Mereka juga akan diusir pulang ke negara asal dan disenarai hitamkan dari memasuki negara ini semula, sepertimana yang diperuntukkan di dalam Seksyen 8 dan Seksyen 9 Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam satu kenyataan hari ini .

Tindakan itu katanya seolah-olah sengaja mencabar pihak berkuasa untuk mengenakan tindakan terhadap mereka.

Justeru, pihaknya tidak teragak-agak untuk membatalkan pas lawatan yang diberikan.

Ini termasuk tindakan mengusir mereka pulang ke negara asal serta disenarai hitam

Warga asing langgar SOP dan peraturan boleh diusir pulang ke negara asal.