Kena bayar RM2k jika mahu dilepaskan, wanita trauma diliwat dan dirogol angkara hutang

ANGKARA hutang punya pasal, seorang wanita di Johor Bahru, Johor trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid berkata, kejadian berkenaan berlaku pukul 4 pagi selepas mangsa dibawa ke rumah rakannya itu.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa.

“Selepas mangsa dibawa ke rumah dua temannya itu, mangsa dipercayai dirogol, diliwat dan dicederakan seorang suspek lelaki yang juga kawan kepada dua suspek wanita berkenaan.

“Mangsa turut diperas ugut RM2,000 untuk dilepaskan. Bagaimanapun, kesemua suspek masing-masing berjaya ditahan pada hari kejadian dan keesokannya selepas mangsa membuat laporan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, Rufeah berkata, ketiga-tiga suspek didakwa pagi tadi di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

“Enam pertuduhan akan dikenakan terhadap suspek lelaki dan dua wanita berkenaan membabitkan kesalahan merogol, meliwat, mencederakan, memeras ugut, membuat laporan palsu dan gagal menunjukkan pengenalan diri,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Most Popular

Binatang! Lelaki guna umpan gula-gula sebelum rogol budak lapan tahun

SEORANG lelaki disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun selepas mengumpan mangsa dengan gula-gula, berhampiran Jalan Tuaran Bypass, Kota Kinabalu, Sabah...

Polis Indonesia dikecam kerana tempatkan pondan instafamous di penjara lelaki

KUMPULAN hak asasi di Indonesia menyelar tindakan polis menempatkan seorang transgender wanita di dalam sebuah penjara lelaki, lapor Harian Metro.

Netizen terpesona kejelitaan nenek umur 53 tahun persis gadis remaja – “Ini manusia atau pontianak?”

SEORANG wanita berusia 53 tahun menjadi tumpuan netizen di Indonesia kerana memiliki wajah awet muda persis anak gadis berumur belasan tahun, lapor...

Didakwa mahu ubati kemurungan ikut kaedah rawatan Islam, pendakwah selebriti direman bantu siasatan kes noda wanita

SEORANG pendakwah selebriti direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menoda seorang wanita di sebuah rumah di Seksyen 7...