Wanita stres batalkan niat nak bunuh diri sebab ternampak buaya

GARA-GARA ternampak kelibat buaya, seorang jurutera sebuah syarikat swasta di Klang, Selangor membatalkan hasratnya membunuh diri selepas terjun ke dalam sungai di sini pada Isnin lalu, lapor Kosmo!

Wanita yang berusia 34 tahun itu dipercayai bertindak demikian pada petang Isnin lalu disebabkan tekanan perasaan.

Menurut sumber, wanita itu pada mulanya nekad terjun di dalam sungai berkenaan sebelum berenang ke kawasan tebing.

“Dia mendakwa ternampak kelibat buaya menyebabkannya tidak meneruskan hasratnya untuk membunuh diri.

“Wanita itu menceritakan kejadian tersebut selepas di­selamatkan orang awam,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya menemui wanita itu dalam keadaan basah di tepi jalan berhampiran lokasi kejadian.

Wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan awal mendapati wanita yang masih bujang itu mengalami tekanan perasaan.

“Siasatan mendapati wanita itu bekerja di Port Dickson selama lapan tahun sebelum ditukarkan ke Petaling Jaya,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan.

Sumber: Kosmo!