Wanita dedah suaminya naik pangkat selepas adakan hubungan sulit dengan bos suami

SEORANG wanita mendedahkan perkara mengejutkan apabila mendakwa bahawa suaminya sering dinaikkan pangkat disebabkan oleh hubungan sulitnya  bersama seorang ketua di syarikat suaminya bekerja.

Menerusi perkongsiannya di laman Twitter, wanita yang merahsiakan identitinya itu mengaku bahawa dia ‘tidur’ bersama ketua suaminya bagi membolehkan lelaki itu dinaikkan pangkat.

“Suami saya dinaikkan pangkat beberapa kali di syarikat dia bekerja dan menyangka ia disebabkan oleh kelayakannya.

“Dia tidak tahu bahawa saya sebenarnya mempunyai hubungan sulit dengan ketuanya selama beberapa tahun. 

“Apabila dia dinaikkan pangkat, ia bererti dia akan lebih kerap perlu bekerja di luar kawasan. Jadi, saya boleh terus berhubungan bersama ketuanya,” dedah wanita itu.

Pendedahannya itu menerima kecaman netizen dengan ramai yang menganggap tindakannya sebagai tidak wajar.

Sumber: Kosmo