Tukang masak mengaku tidak bersalah rogol nenek 20 cucu

SEORANG tukang masak berusia 27 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol seorang nenek berusia 57 tahun.

Tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Kafli Che Ali di Mahkamah Sesyen Kajang hari ini.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pangsapuri di Semenyih sekitar jam 2 petang pada 15 Oktober lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Norhana Sahat tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh merayu agar mahkamah membenarkan jaminan terhadapnya atas alasan tidak lagi berada di lokasi berkenaan selain berjanji tidak akan mendekati mangsa.

Mahkamah kemudian bersetuju membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 bersama seorang penjamin dengan syarat tertuduh tidak mengganggu mangsa selain turut diarah melaporkan diri bagi setiap bulan di balai polis berhampiran.

Sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan yang mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Mahkamah menetapkan tarikh 15 Disember depan sebagai sebutan semula kes.

Most Popular

Misteri ketukan pintu di Sabak Bernam, angkara manusia atau hantu?

BUNYI ketukan pintu misteri yang berlaku di daerah ini sejak seminggu lalu, masih tidak menunjukkan tanda bakal berhenti apabila gangguan itu masih...

Nak tackle anak makcik? Pandai TikTok tak?

BUKAN paras rupa atau kerjaya stabil yang dijadikan ukuran, sebaliknya cuma pandai bermain TikTok sebagai antara syarat untuk menjadi calon menantu idaman.

Lebih 25 tahun hilang, lelaki jumpa semula wallet tercicir pada tahun 1995

SEORANG lelaki di Australia tidak menyangka dapat menemui kembali dompetnya yang hilang sejak lebih 25 tahun lalu, lapor Harian Metro.

Lori bawa produk Apple bernilai RM27 juta kena rompak!

PRODUK Apple bernilai kira-kira £5 juta (RM27 juta) telah dicuri dari sebuah lori dalam satu kejadian rompakan di Northamptonshire, United Kingdom.