Home Berita Semasa Tiga kontraktor pembersihan maut terhidu gas loji kumbahan

Tiga kontraktor pembersihan maut terhidu gas loji kumbahan

TIGA orang pekerja kontraktor pembersihan maut selepas dipercayai terhidu gas dari loji kumbahan di Pantai Dalam Kuala Lumpur pada petang tadi.

Komander Operasi PGB Muhammad Ridhwan Kamarulzaman berkata, seramai 40 anggota bomba melibatkan Balai Pantai Dalam, Jalan Hang Tuah dan Jalan Tun Razak dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 2.41 petang dan kejadian melibatkan enam lelaki dewasa yang sesak nafas akibat terhidu gas loji kumbahan.

“Dua mangsa telah berjaya menyelamatkan diri sebelum anggota bomba tiba dengan bertindak keluar dari loji manakala empat lagi mangsa masih berada dalam loji ketika kejadian,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Keadaan luar loji.

Sementara itu, pihaknya memaklumkan tiga mangsa maut yang terdiri daripada dua warganegara dan seorang warga Bangladesh disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pihak bomba turut terpaksa mengerah Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bagi operasi dikerahkan bagi operasi mengangkat kesemua mangsa yang terperangkap di dalam loji berkenaan.

Exit mobile version