“Tidak boleh pilih jenis vaksin…” – Khairy Jamaluddin ingin cepatkan proses pemberian vaksin Covid 19

Science, Technology and Innovation (Mosti) Minister Khairy Jamaluddin speaking to media at the press conference over Covid-19 vaccinations purchased in Putrajaya.—MOHD SAHAR MISNI/The Star

KERAJAAN telah membuat keputusan untuk tidak membenarkan orang ramai memilih jenis vaksin dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin berkata ini bagi mempercepatkan proses pemberian vaksin.

“Memang (sebelum ini) kita berfikir untuk memberi pilihan (jenis vaksin) tetapi buat masa ini kita mengutamakan untuk mempercepatkan proses pemberian vaksin. Jika diberi pilihan nanti, ia akan melambatkan (vaksinasi) sebab nak tunggu dahulu, nak lihat dahulu”, katanya.

Menurutnya pada sidang media selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), keutamaan sekarang adalah untuk meningkatkan jumlah vaksinasi dan mereka perlu terima apa yang kita ada.

Sumber: Berita Harian