Terkini : Isu CoronaVirus

Malaysia sedang berbincang dengan pihak berkuasa China untuk membawa pulang rakyat kita keluar. Pesawat sewaan khas sudah disediakan dan akan membawa keluar 78 warganegara kita yang berada di Wuhan.

Perkembangan terbaru melibatkan warga Malaysia memperlihatkan penerbangan Malindo dari Sabah ke Tianjin dikuarantin sepenuhnya setelah 2 penumpang disahkan dengan gejala nCoV. Seramai 16 orang warga Malaysia dan Bolivia serta anak kapal penerbangan Malindo dari Sabah yang bersama dengan 2 penumpang yang dijangkiti telah dikuarantin dan dipantau lanjut pihak kesihatan Tianjin.

https://www.thestar.com.my/…/malaysian-flight-in-isolation-…

https://asia.nikkei.com/…/Coronavirus-latest-Confirmed-case…

Sementara itu, penerbangan British telah membatalkan semua penerbangan keluar masuk China ke negara tersebut berkuat kuasa hari ini. Penumpang yang terbang dari China akan dikuarantin serta merta setelah tiba di UK.

Pihak UK merancang membawa keluar sejumlah 200 orang warganya dari Wuhan menjelang esok melalui udara.

Australia pada masa sama turut berusaha membawa keluar sejumlah 600 warganya yang dibawa pulang dari China untuk dikuarantin di Pulau Krismas selama 2 minggu.

Penerbangan United telah membatalkan 24 penerbangan ke Beijing, Hong Kong dan Shanghai.

Penerbangan lain seperti Ural, Lion Air dan Cathay juga telah membatalkan atau mengurangkan jumlah penerbangan pergi balik ke China sehingga keadaan pulih.

Dalam perkembangan lain, konsulat AS di Wuhan telah dikosongkan hari ini dan semua warganya dibawa pulang.

https://www.google.com/a…/s/www.bbc.com/news/amp/uk-51292590

Singapura mencatatkan sejumlah 10 kes sah nCoV setakat jam 2000H.

UAE menjadi negara Timur Tengah pertama melaporkan kes sah nCoV. Kumpulan 4 orang sekeluarga dari China dikuarantin oleh pihak kesihatan UAE dan sedang memantau keadaan mereka.

https://www.google.com/…/first-middle-east-cases-of-coronav…

Jumlah keseluruhan kes global adalah 6057 kes dan jumlah kematian 132.

Jumlah ini telah melangkaui jumlah kes SARS dalam masa kurang sebulan. SARS mencapai tahap tertinggi 8098 kes dalam masa 9 bulan. nCoV pada hari ini mencecah 6000 kes sejak ia mulai dikesan 31 Disember 2019.

Jumlah kes meningkat sebanyak 30 peratus semalam dengan 1500 jangkitan disahkan.

https://www.google.com/…/wuhan-coronavirus-updat…/index.html

Pihak penganalisis antarabangsa beranggapan jumlah kes jangkitan nCoV yang dilaporkan rendah dan jumlah sebenar tidak diwar warkan. Walaubagaimanapun pihak kesihatan antarabangsa masih lagi melihat nCoV ini kurang berbahaya berbanding SARS dari segi tahap membunuh. Namun laporan pihak kesihatan China yang mana terdapat kemungkinan virus ini bermutasi menjadi lebih sukar dikesan dan lebih berbahaya juga tidak dipandang remeh.

Pembuatan vaksin sedang giat dilaksanakan pihak kesihatan China dan Australia serta Russia. Masa adalah penghalang utama bagi pihak saintis menemukan vaksin untuk nCoV.

Menurut laporan Al Jazeera, virus ini sedang menguji keupayaan perkhidmatan kesihatan China. 7 hospital yang diwartakan untuk pesakit yang mengalami gejala demam dan selsema penuh dengan penduduk yang mahu mendapatkan rawatan.

Selain masalah kekurangan bekalan ubatan dan kelengkapan, Wuhan menghadapi permasalahan kekurangan kakitangan kesihatan khusus seperti doktor akibat ketidaksamrataan pembangunan kemudahan kesihatan. Kota wilayah timur seperti Beijing dan Shanghai mempunyai lebih ramai doktor bertauliah dan hospital tahap 3 gred A berbanding wilayah Sichuan yang mempunyai lebih ramai penduduk berbanding Beijing.

Keadaan huru hara ini dirasai penduduk awam, dan pihak pemerintah China sedang bertungkus lumus memperbaiki keadaan.

https://www.google.com/…/chaos-coronavirus-exposes-china-he…

Lebih banyak negara sedang berusaha membawa keluar warga masing-masing dari China dan pembatalan jadual penerbangan juga semakin meluas.

Berita disunting dari Al Jazeera, Asia Nikkei, BBC, CNN, CNBC dan The Star.

 

Sumber – MMP

Most Popular

**DIKEMASKINI: Didakwa terlibat kes rogol, cabul serta seks luar tabii, enam laporan polis dibuat terhadap pendakwah selebriti

PENDAKWAH selebriti yang kini sedang ditahan reman bagi membantu siasatan dakwaan kes rogol seorang kenalannya, dilaporkan terlibat dengan satu lagi kes dakwaan...

Susulan suspek warga Nigeria campak cucu dari tingkat 3 – sakit mental atau ajaran sesat?

TERLIBAT ajaran sesat ataupun menghidapi masalah mental? Itu dua kemungkinan berhubung suspek utama warga Nigeria yang mencampak cucu tirinya dari tingkat tiga...

Pramugari tawar khidmat pelacuran dalam ‘flight’, syarikat penerbangan mulakan siasatan

SYARIKAT penerbangan British Airways menjalankan siasatan selepas timbul dakwaan ada pramugari mereka menawarkan khidmat pelacuran di dalam penerbangan. Kru kabin...

Warga emas maut ditetak dalam insiden samun

SEORANG lelaki warga emas maut di kediamannya selepas terlibat insiden samun bersenjata selepas ditetak manakala isterinya turut dilaporkan cedera di Jalan Mambu, Bukit...