Tarik langsir hingga besi tercabut punca hubungan Siti Bainun dan Bella ‘tidak berapa baik’

TINDAKAN kanak-kanak Sindrom Down Bella yang menarik langsir sehingga besi tercabut di salah sebuah bilik di kondominum Wangsa Maju menyebabkan punca pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Abd Razali ‘naik hantu’ pada Bella dan hubungan mereka mula ‘tidak berapa baik’.

Saksi pendakwaan kelima Yasmin Nahar Mahmood, 19, yang juga bekas penghuni rumah kebajikan tersebut berkata, dia tidak ingat peristiwa tersebut, lapor Kosmo.

“Bella pernah masuk bilik kedua iaitu bilik saya dan adik-adik (penghuni) lain. Bella tertarik langsir hingga besinya tercabut.  Selepas kejadian, Bainun jadi marah dan pukul Bella. Tarikh kejadian saya tak ingat,” katanya.

Ujar saksi itu, sejak peristiwa itu berlaku layanan Siti Bainun terhadap Bella ‘berbeza’.

Yasmin berkata demikian ketika ditanya peguam Asiah Abd. Jalil, punca Siti Bainun marah dan ‘naik hantu’ dengan Bella.

Mementik laporan Kosmo lagi, Yasmin menjelaskan dia tidak pasti sama ada jiran-jiran ada mendengar atau tidak sepanjang penderaan berlaku pada Bella di unit kondominium tersebut selama empat bulan meskipun penderaan berlaku di bilik dobi, ruang tamu dan tandas.

“Saya menggunakan cawan plastik warna kuning yang tidak bertangkai untuk menyimbah air panas pada Bella seperti diarahkan Siti Bainun dan tidak menggunakan cawan kaca bertangkai,” katanya lagi.

Kelmarin, Yasmin dalam keterangannya berkata, Siti Bainun mendera remaja itu setiap hari selama hampir empat bulan yang berlaku pada setiap malam sejak Mac 2021 hingga 24 Jun 2021.

Perbicaraan dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi bersambung lagi pukul 2.30 petang ini.

Sumber: Kosmo