Home Berita Semasa Takut dimarahi abang, lelaki lari ‘roadblock’ sebab lesen memandu tamat tempoh

Takut dimarahi abang, lelaki lari ‘roadblock’ sebab lesen memandu tamat tempoh

AKIBAT lesen memandu tamat tempoh, seorang lelaki berusia 21 tahun nekad melarikan diri daripada sekatan jalan raya (SJR) melibatkan laluan di Cyberjaya menghala ke Dengkil.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek memandu kenderaan jenis SUV berwarna hitam dalam kejadian sekitar jam 5.30 petang.

Insiden yang turut tular di media sosial itu menyaksikan suspek cuba melarikan diri meskipun telah diarah berhenti oleh anggota polis trafik sebelum bertindak memecut kenderaan.

Tindakan itu juga mengakibatkan seorang anggota polis trafik hampir dilanggar pemandu berkenaan.

“Semasa (anggota trafik) bertugas telah mengarahkan sebuah kenderaan jenis Toyota Lexus SUV warna hitam untuk berhenti.

“Semasa anggota trafik yang berada dilokasi menghampiri kenderaan tersebut untuk pemeriksaan tiba-tiba kenderaan tersebut telah memecut laju tidak berhenti dilokasi.

“Kenderaan tersebut gagal dikesan disebabkan kenderaan tersebut telah dipandu dalam keadaan laju dan nombor pendaftaran kenderaan juga tidak dapat dikenalpasti sewaktu kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

https://thenews.com.my/wp-content/uploads/2021/06/200883441_963983194421449_5459086134454402290_n-1.mp4

Bagaimanapun, suspek difahamkan telah hadir ke Balai Trafik Sepang sekitar jam 6.30 petang semalam bagi membantu siasatan.

Suspek mendedahkan, tindakan itu dibuat akibat takut dimarahi abangnya kerana memandu dalam keadaan lesen tamat tempoh.

Polis bagaimanapun telah mengeluarkan saman selain kes disiasat mengikut Seksyen 78(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Exit mobile version