“Tak wajar gerakkan wajah orang dah meninggal gunakan aplikasi” – Ustaz Ahmad Dusuki

PENDAKWAH bebas, Ustaz Ahmad Dusuki gesa orang ramai agar tidak gunakan aplikasi mengerak-gerakkan foto individu yang sudah meninggal dunia.

Ia menjadi trend sejak-sejak akhir ini, namun ia tidak wajar dilakukan untuk mewujudkan kenangan lalu bagi mereka yang telah pergi ke alam lain.

“Ada satu hadis Rasullah, sesiapa yang membuat patung atau gambar dia akan diarahkan Allah supaya meniup balik roh pada gambar dan patung tersebut.

“Oleh itu, saya berpendapat agar janganlah kita terlibat dengan perkara begini. Saya takut di akhirat kelak, Allah tiupkan roh pada gambar tersebut.

“Dah gambar itu tak bergerak maka kita cukup dah dengan gambar tersebut dan suasana begitu.

“Jangan pula kita nak mengerakkan sehingga kita menimbulkan kenangan lalu,” katanya menerusi aplikasi Tik Tok.

Tambah beliau, sebagai umat islam, seharusnya kita doakan yang baik-baik buat mereka yang telah meninggal dunia.