Tak pakai ‘mask’, jemaah masjid dikompaun RM1,500

GARA-GARA tidak memakai pelitup muka selain melanggar SOP, sekumpulan Jemaah masjid dan surau di Pasir Mas, Kelantan dikompaun RM1,500 setiap seorang.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M. Nasir, insiden yang tular di media sosial itu menyaksikan seramai 28 jemaah masjid telah dikenakan kompaun manakala sembilan lagi individu merupakan Jemaah surau.

Menurut Mohd Nasaruddin, kompaun dikenakan akibat pelanggaran SOP hasil daripada aduan orang ramai.

Kesemua merekan yang dikenakan tindakan terdiri daripada usia lingkungan 20 hingga 70 tahun.

Sebelum ini, negeri berkenaan menyaksikan kluster keagaaman antara yang menjadi penyumbang kepada peningkatan kes COVID-19 di negeri itu.