Syed Saddiq kena kuarantin, gembira sambut Ramadan di Malaysia

SETELAH selesai melanjutkan pengajian Polisi Awam Sekolah Lee Kuan Yew di Universiti Nasional Singapura (NUS), Yang Berhormat Syed Saddiq kini dilihat sudah kembali ke tanah air.

Katanya yang memuat naik video di Instagram, Saddiq memaklumkan bahawa beliau telah sampai di Malaysia sejak 10 April lalu dan kini sedang menjalankan kuarantin kendiri.

Syed Saddiq juga melahirkan rasa syukur kerana dapat menyambut bulan Ramadan dan berpuasa di tanah air.

@syedsaddiq

Lebih menarik lagi, ramai yang terhibur dengan video yang dikongsi oleh beliau kerana masih mengekalkan lagi identiti merakam video sambil mendekatkan wajahnya di kamera dan berpesan kepada orang ramai untuk berpuasa penuh.

Dalam pada itu, Syed Saddiq juga telah mendermakan sebanyak RM 50,000 termasuk gajinya selama sebulan bagi tujuan kebajikan rakyatnya di Muar, Johor.