Home Berita Semasa Suspek dadah larikan diri punca polis lepaskan tembakan

Suspek dadah larikan diri punca polis lepaskan tembakan

POLIS terpaksa melepaskan tembakan terhadap seorang suspek lelaki apabila dikatakan melarikan diri dengan memecut kenderaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, suspek dikatakan enggan memberikan kerjasama sewaktu diarah berhenti.

“Susulan daripada tindakan suspek, pasukan polis telah melepaskan beberapa tembakan terhadap kenderaan suspek.

“Suspek berjaya meloloskan diri bagaimanapun berjaya ditahan tidak jauh dari lokasi kejadian,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Setakat ini siasatan masih lagi diteruskan dan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Polis menggesa orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk tampil membantu siasatan.

Exit mobile version