Home Berita Semasa Sukan Viral tindakan Ronaldo alih botol cola, akhirnya ada yang tampil dedah kenapa...

Viral tindakan Ronaldo alih botol cola, akhirnya ada yang tampil dedah kenapa dia berbuat demikian!

PEMAIN bola sepak antarabangsa, Cristiano Ronaldo menimbulkan kontroversi dengan salah satu penaja Euro 2020 iaitu minuman terkenal Coca Cola apabila bintang Portugal itu mengalihkan prop promosi botol minuman tersebut sebelum menegah orang ramai daripada meminumnya.

Insiden itu berlaku dalam sidang media sebelum aksi Portugal menentang Hungary. Aksi pembukaan untuk Ronaldo dan rakan rakannya dalam usaha mempertahankan kejuaran Euro. 

Ronaldo mengalihkan dua botol coca cola itu ke tepi sambil memberikan isyarat ‘agua’ merujuk kepada ‘minum air kosong, bukannya air berkarbonat’ sambil menunjukkan mimik muka tidak selesa.

Biarpun pihak penaja dikatakan kecewa dengan tindakan tersebut, namun atlet seperti Tom Brady menyokong tindakan Ronaldo. 

Menurut Brady, Ronaldo adalah veteran dalam dunia sukan dan dia tahu apa yang memudaratkan fizikal serta kesihatan.

“Ia ibarat veteran yang tahu apa yang dia sedang buat,” kata Brady.

“Kita akan minum yang itu, air! Titik.”

Ronaldo memang terkenal dengan sikap obses beliau terhadap penjagaan kesihatan fizikal. Malah Ronaldo dikatakan sangat cerewet tentang soal pemakanan.

Sumber: vocketfc

Exit mobile version