Video bek tengah West Ham United, Kurt Zouma sepak kucing tular, bakal berhadapan tindakan tegas

PEMAIN bek tengah West Ham United, Kurt Zouma, bakal berhadapan hukuman berat selepas tular sebuah video menunjukkan dia menendang dan menampar seekor kucing.

Dia kini juga mendapat kecaman hebat daripada masyarakat.

Menerusi video tular itu, Zouma dilihat menendang dan menampar kucing yang berada di atas lantai.

Walaupun telah memohon maaf, Zouma berdepan dengan undang-undang apabila tindakan lanjut telah diambil.

West Ham dikatakan telah mengenakan denda dengan jumlah paling maksimum sebanyak £250,000 bersamaan RM1.4 juta.

Malah pemain berusia 27 itu berisiko berdepan hukuman penjara selama empat tahun.

West Ham juga dikatakan akan mendermakan dua minggu gaji pemain itu kepada badan amal haiwan.

Lebih teruk, pengeluar barangan sukan terkenal iaitu Adidas turut mengesahkan pemain itu telah ditamatkan kontrak tajaan.

Menurut badan kebajikan RSPCA, kes ini sedang disiasat dan dua ekor kucing pemain itu di bawah jagaan pihaknya.