Home Berita Semasa Sukan Tidak boleh alih botol lagi, UEFA beri amaran pada pemain!

Tidak boleh alih botol lagi, UEFA beri amaran pada pemain!

SEJAK beberapa hari lalu, ibarat menjadi ‘ikutan’ para pemain bola sepak mengalihkan botol minuman yang disediakan oleh pihak penaja ketika sidang media EURO 2020 sedang berlangsung baru-baru ini.

Sebelum ini, Cristiano Ronaldo bertegas mengenai minuman sihat, seterusnya pemain Perancis, Paul Pogba pula dan terbaru pemain tengah Itali, Manuel Locatelli yang mengalihkan botol minuman keras tajaan penaja dalam beberapa sidang media.

Tindakan para pemain ini mencuri perhatian jutaan peminat bola sepak di seluruh dunia, khususnya yang sedang fokus menonton persembahan aksi negara mereka berentap di atas padang dalam EURO 2020.

Namun, tindakan itu mungkin tidak berlaku lagi selepas ini apabila UEFA bertegas mengingatkan para pemain bola sepak agar tidak lagi mengalihkan sebarang botol minuman penaja di meja sidang media.

Lebih lagi ia telah mengakibatkan saham dan jualan beberapa syarikat penaja berkenaan jatuh merudum, gara-gara tindakan pemain berkenaan sebelum ini.

Pengarah EURO 2020, Martin Kallen berkata, UEFA sudah memaklumkan hal ini kepada pihak-pihak terlibat kerana ia adalah masalah serius yang akan mengakibatkan risiko besar kerana pendapatan penaja adalah sangat penting bagi setiap perlawanan EURO 2020 dan bola sepak Eropah yang berlangsung.

“Peraturan dalam kejohanan (EURO 2020) ini memerlukan kepatuhan terhadap perjanjian UEFA kepada pihak penaja, walaupun ada pemain yang taat pada agama mereka (Islam) untuk menidakkan kewujudan botol minuman (keras) tersebut”, katanya.

Sementara itu, pengurus England, Gareth Southgate juga maklum mengenai kontroversi tersebut dan berpendapat bahawa konsistensi penaja amat penting agar perlawanan dapat berlangsung tanpa masalah, lebih-lebih lagi soal kewangan.

Exit mobile version