Home Berita Semasa Sukan Semalam Ronaldo alih air cola, hari ini Pogba pula yang alih botol...

Semalam Ronaldo alih air cola, hari ini Pogba pula yang alih botol arak dari meja. Ramai tak tahu rupanya dia penganut agama…

SEBELUM ini, tindakan pemain bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo mengalihkan dua botol Coca-Cola ketika sidang media mendapat perhatian selain turut menyebabkan syarikat minuman ringan itu mengalami kerugian sebanyak RM16.5 Billion dan sahamnya juga dilaporkan turut jatuh menjunam.

Ronaldo sememangnya terkenal dengan sifat cerewet dari segi diet pemakanan dan bertindak mengalihkan botol minuman Coca-Cola dan menyeru kepada orang ramai untuk lebih minum air kosong.

Terbaru, tular pemain tengah Perancis, Paul Pogba yang turut melakukan tindakan yang sama seperti Ronaldo apabila mengalihkan sebotol minuman alkohol yang juga merupakan penaja prop sidang media selepas perlawanan bertemu Jerman dalam saingan Euro 2020, awal pagi tadi.

https://thenews.com.my/wp-content/uploads/2021/06/trim.DA107DC9-0A01-401A-9480-74452D74E831.mov

Paul Pogba dikenali sebagai seorang pemain bola beragama islam dan tidak meminum minuman keras kelihatan kurang fokus ketika sidang media berkenaan.

Beliau bertindak mencapai botol itu dengan jarinya dan diletak di bawah meja kemudian meneruskan sesi menjawab soalan pihak media.

Hal ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada UEFA agar berhati-hati dalam memilih penaja kerana produk seperti itu jelas tidak mewakili atlet dan sukan oleh kerana ia kelihatan kurang sesuai dan tidak sihat untuk dunia sukan.

Kesilapan penjaan ini juga sebelum ini pernah mendapat kritikan di Liga Perdana Ingeris (EPL) kerana pernah ditaja oleh coklat Cadbury yang ‘terang lagi bersuluh’ merupakan makanan manis dan bergula tinggi serta tidak berkesesuaian dengan industri sukan.

Exit mobile version