Home Berita Semasa Sukan Penjaga gol Poland “kantoi” merokok sebelum beraksi menentang Sepanyol

Penjaga gol Poland “kantoi” merokok sebelum beraksi menentang Sepanyol

PENJAGA GOL Poland, Wojciech Szczesny didakwa merokok beberapa jam sebelum aksi menentang Sepanyol, kelmarin.

Difahamkan, Wojciech membawa sebungkus rokok ketika meninggalkan hotel pasukan di Sopot sebelum terbang untuk perlawanan Euro 2020.

Malah, dia yang memakai pakaian latihan Poland dilihat meletakkan rokok di mulutnya ketika berada di hadapan rakan sepasukan di luar bas pasukan.

Tedahulu, bekas penjaga gawang Arsenal itu pernah dilaporkan ‘kantoi’ merokok sekurang-kurangnya dua kali sepanjang kariernya bersama skuad The Gunners.

Menurut laporan eksklusif SunSport, Arsene Wenger pernah mengenakan denda sebanyak 20,000 pound (RM114,393) kerana kesalahan merokok pada 2015.

Untuk rekod, penjaga gol berusia 31 tahun itu menyertai Roma secara pinjaman dari 2015 hingga 2017 sebelum berpindah ke Juventus dengan perjanjian secara tetap.

Sumber: Berita Harian

Exit mobile version