MANCHESTER United mengesahkan penyokong mereka boleh menukar jersi yang mempunyai nama Mason Greenwood di belakangnya secara percuma.
Red Devils turut mengeluarkan semua barangan yang berkaitan dengan Greenwood daripada laman sesawang mereka, lapor Berita Harian.
Peminat yang berang juga dilaporkan telah mengembalikan jersi replika mereka ke kedai kelab di Stadium Old Trafford.
Nike turut menggantung perjanjian penajaan mereka dengan Greenwood, manakala penaja jersi United TeamViewer berkata mereka akan memantau perkembangan dengan teliti.
Rakan kongsi rasmi Cadbury pula tidak akan menampilkan pemain itu dalam produk pemasaran mereka.
Jurucakap United berkata peminat boleh menukar jersi mereka kepada yang baharu dengan nama pemain lain di belakangnya.
Pemain 20 tahun itu ditahan tiga malam di lokap selepas ditangkap Ahad lalu, tetapi dibebaskan pagi semalam selepas soal siasat.
Greenwood ditahan susulan rakaman video, gambar dan audio dimuat naik mangsa yang juga merupakan kekasihnya.
Dia kemudian ditahan kerana disyaki menyerang dan mengancam untuk membunuh mangsa.
Sumber: Berita Harian
Home Berita Semasa Sukan Peminat berang mula pulangkan jersi Greenwood, MU sahkan boleh tukar dengan baju...