Nak buat paid review dengan Ronaldo? Tak mahal pun, RM9.76 juta sahaja nilai satu posting

BARU sahaja beberapa hari lalu, bintang bola sepak Cristiano Ronaldo menjadi individu pertama di dunia yang mempunyai lebih 400 juta pengikut di laman Instagra.

Dah terbaharu, Cristiano Ronaldo yang terkenal dengan jolokan CR7 ini sekali lagi melonjakkan kedudukan apabila menjadi individu pertama mencapai 401 juta pengikut di laman media sosial tersebut.

Bintang Manchester United itu menjadi pemilik akaun Instagram paling ramai diikuti hanya sehari selepas hari lahirnya yang ke-37, mengatasi Kylie Jenner dengan 309 juta pengikut.

Pakar perjudian, OLBG mendedahkan berapa banyak boleh diterima bintang Portugal itu daripada satu hantaran di media sosial berkenaan.

Pada September 2021, Ronaldo memiliki 237 juta pengikut yang memberikan pulangan kira-kira £1,019,100 (RM5.78 juta) untuk satu hantaran.

Dengan pengikut terkini seramai 401 juta, pendapatan Ronaldo meningkat kepada £1,720,000 (RM9.76 juta) – tiga kali ganda daripada gaji mingguan £480,0000 (RM2.72 juta) diterima di Manchester United.

Pengikut bekas Galacticos itu meningkat kepada 163 juta dalam hanya lima bulan dengan kira-kira 10 juta ‘likes’ untuk satu hantaran.

Hantaran terbaharunya di Instagram termasuk gambar bersama keluarga, foto latihan dan gambar ketika dia menaiki penerbangan.

Sumber: Berita Harian