Home Berita Semasa Sukan Menyengat babak pertama, namun kecundang di penghujung

Menyengat babak pertama, namun kecundang di penghujung

PEMAIN badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia pamer aksi berbisa pada permulaan set bagaimanapun tewas di tangan China sebentar tadi.

Berentap bersama pemain nombor 6 dunia, Chen Long, Zii Jia bagaimanapun gagal mengawal perlawanan apabila tewas dengan keputusan 21-8, 19-21, 21-5.

Berdepan cabaran sengit, Zii Jia dilihat turut alami kecederaan ringan apabila cuba menepis hantaran smash Chen Long.

Perlawanan terus mendebarkan apabila perjuangan Zii Jia membawa hingga ke set ketiga namun pusingan kalah mati itu nyata tidak berpihak kepada negara.

Sebelum ini, Zii Jia berjaya menewaskan beberapa perlawanan hasil pertemuan bersama Perancis, Brice Leverdez dalam perlawanan terakhir Kumpulan M di Plaza Sukan Musashino Forest pada Rabu dengan mata 21-17, 21-5.

Exit mobile version