Legenda bola sepak, Serbegeth Singh meninggal dunia akibat serangan jantung

LEGENDA bola sepak negara, Serbegeth Singh meninggal dunia, petang tadi.

Perkembangan sedih itu disahkan oleh rakan mendiang yang juga jurulatih berpengalaman, Azraai Khor Abdullah.

Difahamkan, Serbegeth, 61, yang lebih mesra disapa Shebby itu terkena serangan jantung ketika berbasikal di Johor.

Serbegeth pernah beraksi di bahagian pertahanan beraksi buat skuad kebangsaan bermula 1982 hingga 1991.

Mendiang pernah beraksi dalam tiga Sukan Asia pada 1982, 1986 dan 1990 selain pernah memenangi pingat emas ketika Sukan SEA 1989.

Di peringkat kelab, dia pernah bersama Johor, Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan dan Perak.

Selepas bersara sebagai pemain, dia pernah berkhidmat sebagai penasihat global di Blackburn Rovers pada 2012.

Dalam pada itu, laman rasmi kelabbola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) turut menyampaikan rasa duka atas pemergian mendiang.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) terkejut dengan berita bahawa bekas Penasihat Teknikal JDT dan pemain Johor FA & Malaysia, Serbegeth Singh telah meninggal dunia.

“Keluarga JDT ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Serbegeth. Rest in peace, Shebby,” tulis hantaran itu.

Sumber: Berita Harian