‘Koyak’ kalah penalti, penyokong England serang penyokong itali selepas tamat perlawanan final EURO 2020

KEADAAN di perkarangan Stadium Wembley menjadi tidak terkawal selepas pasukan England tewas kepada Itali pada malam final EURO 2020 semalam.

Mereka bukan sahaja menghamburkan kata-kata kesat dan rasis malah turut memukul penyokong pasukan Itali.

Lebih teruk, melalui beberapa video yang tersebar di laman Twitter, bendera kebangsaan Itali juga menjadi mangsa amukan apabila mereka dilihat memijak bendera yang digelar ‘Tricolore’ itu.

Malah ketika usaha untuk membakar bendera Itali gagal, seorang penyokong England dilihat meludah bendera Itali sementara rakannya memijak bendera itu berulang kali.

Sebelum perlawanan bermula,  penyokong England  telah berbaris di luar Stadium Wembley dengan harapan besar pasukan mereka akan menjuarai kejohanan berprestij itu namun mengamuk kerana perkara sebaliknya berlaku.

Pasukan yang terkenal dengan gelaran tiga singa itu tewas kepada Itali menerusi sepakan penalti.

Sumber: Kosmo