Home Berita Semasa Sukan KL City benam JDT 2-0, ketampanan penjaga gol Mendoza jadi tumpuan!

KL City benam JDT 2-0, ketampanan penjaga gol Mendoza jadi tumpuan!

KUALA Lumpur (KL) City FC mengakhiri kemarau 32 tahun selepas berjaya membenam Johor Darul Ta’zim (JDT) sekaligus membawa menjulang trofi TM Piala Malaysia 2021.

Lebih manis, mereka pulang bergaya dengan jaringan 2-0 dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

JDT yang mendominasi aksi di babak pertama mendapat peluang keemasan seawal minit kesembilan menerusi peledak berbisa, Bergson Gustavo Da Silva.

Bagaimanapun skuad kendalian Bojan Hodak berjaya melonjakkan semangat buat kem KL City dengan jaringan pembukaan oleh Zhafri Yahya pada minit ke-66.

Paulo Josue pula mengukuhkan kedudukan skuad ‘Warga Kota’ selepas percubaan kaki kirinya berjaya yang melepasi kawalan rapi Farizal hasil umpanan cantik daripada Ryan Lambert pada minit ke-74

Sejarah yang dilakarkan KL City itu sudah pastinya terarah kepada disiplin tinggi para pemain skuad ‘Warga Kota’ itu serta ketangkasan penjaga gol, Kevin Ray Mendoza Hansen.

JDT yang mendominasi aksi di babak pertama mendapat peluang keemasan seawal minit kesembilan menerusi peledak berbisa, Bergson Gustavo Da Silva.

Lebih menarik, aksi tenang penjaga gol KL City, Kevin Ray Mendoza Hansen menidakkan segala percubaan berbisa JDT menjadi perbualan hangat di media sosial ketika ini.

“Member yang laki pun kata si kevin mendoza ni segak!,” tulis seorang pengguna Twitter.

Hasil pantauan The News di laman Instagram Mendoza juga mendapati beliau mendapat bilangan pengikut yang mendadak daripada 3,000 pengikut kepada lebih 20,000 pengikut hanya beberapa minit selepas tamat perlawanan sebentar tadi.

Exit mobile version