Kejayaan beregu negara, PM ucap syabas!

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan syabas kepada skuad beregu negara selepas berjaya menyumbang gangsa kepada negara.

Ujarnya, kejayaan memperoleh pingat merupakan satu perkara yang amat dinantikan seluruh peminat sukan tanah air.

Apa yang menjadi keutamaan kata Perdana Menteri, kejayaan itu sedikit sebanyak mampu menyuntik semangat kepada atlet-atlet negara lain bagi memburu pingat seterusnya.

“Tahniah saya ucapkan kepada pasangan Aaron Chia-Wooi Yik, serta barisan kejurulatihan atas sumbangan pingat sulung buat kontinjen negara di Sukan Olimpik Tokyo ini.

“Buat pasangan muda kita ini, teruskan usaha dan berjuanglah demi negara. Anda telah membuktikan yang negara boleh menaruh harapan kepada anda. Tahniah, anda kebanggaan Malaysia!

“Syabas!,” katanya menerusi hantarannya di Facebook.

Kepulangan beregu negara membawa gangsa selepas berjaya menewaskan jaguh Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan.

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menewaskan pasangan Indonesia itu dengan kutipan mata 17-21, 21-17 dan 21-14.