Home Berita Semasa Sukan Euro 2020: Itali ratah England 3-2 sekaligus muncul juara

Euro 2020: Itali ratah England 3-2 sekaligus muncul juara

ENGLAND kecundang dengan Itali apabila pasukan itu berjaya memegang takhta juara Euro 2020 menerusi pusingan penentu jaringan penalti 3-2 di Wembley awal pagi tadi.

Terdahulu, kedua-dua pasukan itu menunjukkan aksi sengit apabila masing-masing mengikat mata 1-1 sebelum beralih ke pusingan penentuan.

Pusingan awal permainan menyaksikan England muncul dengan jaringan pertama menerusi sepakan Luke Shaw pada minit kedua.

England kelihatan gagal mengawal keadaan apabila Itali bangkit menembusi gawang gol England pada minit ke 67 hasil sumbangan Leonardo Bonucci.

Keadaan itu menjadikan kedua-dua pasukan itu terikat dengan kedudukan seri 1-1.

Perlawanan yang mengikat kedudukan seri seterusnya membawa kepada pusingan penentuan menerusi sepakan penalti.

Ternyata, The Azurri berjaya menundukkan The Three Lions apabila gagal bersaing menerusi tiga tendangan penalti sekaligus membawa Itali sebagai pemegang takhta juara Euro 2020.

Permainan turut mencuri perhatian apabila tunggak pertahanan Itali, Leonardo Bonucci menyampaikan ungkapan khas, “its coming to Rome” terhadap kamera sejurus tamat permainan.

Exit mobile version