Home Berita Semasa Sukan Dhabitah layakkan diri ke separuh akhir

Dhabitah layakkan diri ke separuh akhir

Foto: Majlis Sukan Negara Malaysia

ATLET terjun negara, Nur Dhabitah Sabri berjaya mara ke peringkat separuh akhir bagi acara 3 meter papan anjal wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang akan berlangsung esok.

Atlet berusia 22 tahun itu berjaya menamatkan lima terjunan dengan meraih  mata 291.60 sekaligus menempatkan dirinya pada kedudukan ke-10 di pusingan awal acara tersebut.

Menerusi acara itu, seramai 27 atlet tampil bertanding bagaimanapun hanya 18 teratas yang layak ke peringkat seterusnya.

Manakala 12 atlet teratas bakal bertemu di pusingan final pada Ahad nanti.

Sementara itu, rakannya, Wendy Ng Yan Yee, yang membuat penampilan ketiganya dalam Sukan Olimpik, terlepas peluang untuk mara selepas menamatkan saingan di tempat ke-20.

Kutipan mata 251.95 yang diperolehnya ternyata tidak mencukupi untuk Wendy layak ke pusingan seterusnya.

Exit mobile version