Defend ‘koyak’, Man United tetap buru Sancho

MANCHESTER United tetap menjadikan pemain bintang Borussia Dortmund, Jadon Sancho sebagai sasaran utama pembelian pemain baharu musim ini meskipun barisan pertahanan tampak menjadi masalah utama ketika menewaskan Brighton 3-2 dalam aksi Liga Perdana England malam tadi.

Buat masa ini, pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer dilihat tidak senang duduk apabila pengurusan The Red Devils masih belum memuktamadkan perpindahan Sancho ke Old Trafford.

Difahamkan, United akan sekali lagi mengemukakan tawaran baharu bagi mendapatkan Sancho sebelum jendela perpindahan pemain ditutup awal Oktober depan.

Solskjaer enggan memburu tonggak pertahanan baharu buat United.

Cuma, Solskjaer jelas tidak berminat mendapatkan tonggak pertahanan baharu berbanding Sancho.

“Mu ghoyak gapo dio nak bui defend baru. Kawe berlambak defend doh loh ni.

“Eric (Bailly) dah fit. (Victor) Lindelof dan (Harry) Maguire pon elok belako. Season ni jah demo belum jupo lagi rentak.

“Toksey kawe nak tubik bui defend baru. Cukup dah belako,” kata Solskjaer.

Cuma, pengurus kelahiran Norway itu mengakui anak-anak buahnya sekadar bernasib baik berjaya membawa pulang tiga mata berharga malam tadi.

“Memey banyok buat mistake, dapat hok sutir point pon memey cukup doh. Form satu team pun hok tak cukup baguih, toksey nak salahkan soghe-soghe player. Gitu ah saing,” kata Solskjaer.

Bruno Fernandes menjaringkan gol menerusi sepakan penalti yang dianugerahkan selepas penilaian Video Bantuan Pengadil (VAR) di minit terakhir perlawanan.

Sebelum itu, Brighton dilihat mampu berkongsi satu mata selepas Solly March menanduk masuk bola untuk gol penyamaan minit ke-95.

Bruno Fernandes (tengah) melonjak kegembiraan selepas menyempurnakan sepakan penalti sejurus selepas perlawanan tamat malam tadi.

Bagaimanapun United dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan, Chris Kavanagh sebaik wisel penamat ditiup selepas bola terkena tangan Neal Maupay.

Penalti yang diberikan susulan penilaian VAR disempurnakan Fernandes untuk gol kemenangan pasukannya.

Maupay meletakkan Brighton di depan selepas menyempurnakan sepakan penalti minit ke-40 namun gol itu hanya bertahan selama tiga minit selepas Lewis Dunk menjaringkan gol ke gawang sendiri minit ke-43.

Marcus Rashford meletakkan United di depan minit ke-55 menerusi larian solo.

Ketika perlawanan memasuki masa kecederaan, Brighton berjaya menyamakan kedudukan menerusi March minit kelima masa kecederaan.

Namun, United bernasib baik apabila dihadiahkan sepakan penalti selepas wisel penamat dibunyikan apabila bola terkena tangan Maupay. – Agensi

Sumber: Metro UK