Home Berita Semasa Sukan Beregu lelaki tewas pada China di separuh akhir

Beregu lelaki tewas pada China di separuh akhir

Foto: Majlis Sukan Negara Malaysia

HASRAT pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia, Soh Wooi Yik untuk mengejar emas tidak kesampaian apabila tewas pada pasangan China menerusi pusingan separuh akhir.

Malaysia kelihatan yakin pada permulaan permainan bagaimanapun China, hasil gandingan Li Jun Hui-Liu Yu Chen berjaya mengikat mata 24-22.

 Perlawanan yang berlangsung di Musashino Forest Sport Plaza nyata tidak berpihak pada Malaysia apabila turut tewas set kedua.

Perlawanan menyaksikan China meraih mata 21-13.
Namun, ini bukan lagi penyudah buat negara apabila mereka masih mempunyai harapan untuk membawa pulang pingat gangsa untuk perlawanan seterusnya.

Sebelum ini, pasangan beregu lelaki itu mara ke pusingan akhir selepas menewaskan pasangan nombor satu dunia Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon di peringkat suku akhir semalam.

Ia sekali gus menjadi kemenangan pertama Aaron-Wooi Yik ke atas Kevin-Marcus selepas tewas tujuh perlawanan sebelum ini di tangan pasangan Indonesia itu.

Exit mobile version