Home Berita Semasa Sukan Barulah ‘syok’ jumpa Liverpool – Solksjaer

Barulah ‘syok’ jumpa Liverpool – Solksjaer

GEMBIRA dengan prestasi pasukannya ketika menumpaskan Burnley 1-0 awal pagi tadi, Ole Gunnar Solskjaer berkata, Manchester United amat bersedia untuk berdepan juara bertahan, Liverpool dalam aksi Liga Perdana England di Anfield, tengah malam Isnin depan.

Red Devils menguasai permainan, namun terpaksa menunggu sehingga minit ke-71 untuk meledak gol kemenangan menerusi Paul Pogba, sekali gus merampas takhta liga dengan tiga mata mengatasi Liverpool, lapor Utusan Malaysia.

“Apabilo ekau dapek tigo mato dalam game EPL, memang tersongih sampai ke telingo la apo laie. Kami main baguih, memang cemerlang.

“Kami akan menentang juara bertahan (Liverpool) lopeh ni. Mereka mengharungi tiga musim setengah yang menakjubkan, ingat sonang ko dah tentu perlawanan sukar tapi kami dah ready ni.

“Ini waktu paling tepat untuk menentang Liverpool kerana kami berada di kedudukan terbaik, dahagokan kejayaan dan barisan pemain mahu memburu keputusan hebat, itu je den nak khobar,” kata Solskjaer kepada Sky Sports.

Beberapa bulan lalu, kedudukan Solskjaer sebagai pengurus terancam selepas United tersingkir dari Liga Juara-Juara, selain mempamer aksi hambar.

Begitupun sejak beberapa minggu lalu, Pogba menjadi watak penting dalam usaha Red Devils mencabar kejuaraan liga pertama sejak mengecapi kejayaan itu di bawah bimbingan Alex Ferguson pada 2013.

Pogba, 27, yang membantu Perancis menjuarai Piala Dunia 2018 mendominasi bahagian tengah di Turf Moor dan meledak gol kemenangan minit ke-71.

POGBA merupakan nadi utama kemenangan The Red Devils awal pagi tadi. – Agensi

“Kami kono kekal bertenang. Tenang is good. Den tahu pemain emo lebih ketika ini, namun tugas kami adalah fokus kepada perkara yang berada dalam kawalan sendiri.

“Den selalu khobar Pogba penting untuk kami semuo. Dio memiliki karakter yang baik dalam bilik persalinan kerana dia world champ.

“Apo yang kita dapek lihat dah tontu prestasi terbaik Pogba maso ni. Dio tunjuk habeh aksi semakin baik pada setiap perlawanan, ekau semuo jangan nak portikai,” kata Solskjaer.

Sumber: Utusan Malaysia

Exit mobile version