Home Berita Semasa Sukan “Abang janji lepas rakam, abang delete”

“Abang janji lepas rakam, abang delete”

DUA pemain bola sepak Sepanyol dijatuhi hukuman penjara dua tahun kerana menyiarkan rakaman seks dengan seorang wanita di media sosial.

Bagaimanapun, penyerang Eibar, Sergi Enrinch dan bekas pertahanan kelab berkenaan, Antonio Luna tidak perlu menjalani hukuman berkenaan kerana berdasarkan undang-undang Sepanyol hukuman selama dua tahun ke bawah tidak perlu dilalui oleh pesalah.

Keputusan berkenaan dibuat oleh hakim San Sebastien dan kedua-dua mereka mengaku bersalah kerana ‘menyebarkan maklumat peribadi yang bersifat seksual’.

Individu ketiga itu bekas pemain tengah, Eddy Silvestre dibebaskan.

Kejadian berkenaan berlaku pada 2016 dan wanita berkenaan tidak memberi kebenaran perlakuan itu dirakamkan.

Sumber: harian metro

Exit mobile version