Ramai yang menunggu giliran untuk memiliki rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) namun masih tiada rezeki sehingga kini.
“Pegawai berkaitan memaklumkan yang kami perlu menunggu giliran dan sentiasa mengemas kini status permohonan, semua itu kami sudah laksanakan,” katanya.
Sementara menunggu giliran dipanggil, Nor Azura dan suami menyewa rumah kos sederhana di Sungai Besi pada kadar RM700 sebulan.
Tambahnya, dia suri rumah sepenuh masa dan pendapatan kasar suaminya yang bekerja dalam bidang perhotelan ialah RM2,700 sebulan.
“Dengan kadar sewa rumah yang tinggi, saya perlu menjana hasil sampingan dengan menjual sambal ikan bilis garing dan kuih sejuk beku. Ia digunakan bagi menampung kos perbelanjaan dapur dan keperluan untuk anak-anak.
“Dua anak akan mula bersekolah tahun depan selain seorang lagi perlu dihantar ke Taska. Kerana itu kami perlu berusaha menambah pendapatan.
“Jika menerima PPR DBKL, ia pasti mengurangkan beban kerana kadar sewanya berpatutan manakala wang lebihan boleh digunakan untuk perbelanjaan lain seperti untuk anak-anak,” katanya.
Menurutnya, dia melepasi semua syarat yang dinyatakan ketika permohonan PPR, lebih-lebih lagi dia juga dalam kalangan B40.
“Saya sentiasa berdoa dan berharap permohonan kami diluluskan,” katanya.
Sumber : Harian Metro