Steady ‘catwalk’ dengan baju lokap, Safiey Ilias direman 3 hari

MAHKAMAH Majistret Bandar Baru Bangi menjatuhkan hukuman reman selama tiga hari terhadap usahawan kosmetik, Safiey Ilias dan seorang lagi rakannya.

Perintah reman bermula Jumaat sehingga ahad ini dikeluarkan Hakim Effandi Nazila Abdullah yang bertindak sebagai Majistret.

Peguam Nursyafiqah Zamani yang mewakili kedua-dua suspek ketika ditemui memberitahu, mereka didakwa Seksyen 12 dan 15 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Terdahulu, Safiey atau Mohd Safiuddin Ilias, 27, didakwa berkelakuan lucah di hadapan dua remaja termasuk menggoyangkan dadanya dalam satu siaran langsung Instagram live bersama seorang rakannya.

Penularan rakaman tersebut menerima kecaman netizen yang menyifatkan tindakan dua individu berkenaan sebagai melampau dan biadap apabila berkelakuan tidak sopan termasuk membincangkan isu seksual bersama kanak-kanak.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12 (1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.