SPRM tahan suami isteri yang juga pempengaruh

KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh, yang dikatakan terlibat dalam penyelewengan kutipan derma, telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Menurut sumber, pasangan itu ditahan oleh SPRM pada jam 6.40 petang untuk membantu siasatan setelah mengumpulkan dana lebih dari jutaan ringgit, namun dana tersebut tidak disalurkan dengan betul.

“Pasangan itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada jam 9 pagi ini untuk permohonan reman,” katanya.

Sebelumnya, pempengaruh tersebut melalui peguamnya telah menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah yang membabitkan dirinya, seperti yang tersebar di media sosial baru-baru ini.