Seru masyarakat sekat dan boikot Zionis, ‘Hulk’ sedih dengan nasib rakyat Palestin

SEJAK keganasan tentera Zionis Israel semakin memuncak menjelang sambutan Aidilfitri lalu. Ramai selebriti yang menunjukkan sokongan yang tidak putus terhadap Palestin yang bermatian-mati berjuang mempertahankan tanah air mereka.

Selain selebriti tempatan seperti Mizz Nina, Noh Hujan, Heliza Helmi dan ramai lagi. Selebriti antarabangsa seperti Gigi Hadid, Bella Hadid, Zayn Malik, DJ Khaled dan ramai lagi, pelakon Mark Ruffalo iaitu adiwira Hulk kesayangan ramai mengutuk serangan dilakukan rejim Zionis terhadap Palestin.

Dikongsi melalui ciapan di Twitter, pelakon Avengers itu mengajak peminat dan ramai pihak agar melakukan sekatan terhadap Israel. Dia juga turut mengajak pengikut dan peminatnya menandatangani petisyen untuk ‘menekan’ Israel bagi menghentikan kezaliman menerusi laman web, Avaaz The World In Action.

Mark atau nama lengkapnya, Mark Alan Ruffalo, 53, menerusi Twitter berkata, “Lebih 30 kanak-kanak terbunuh. Ibu-ibu terkorban. Ratusan orang tercedera. Kita berada di ambang perang berskala penuh”.

“Sekatan ke atas Afrika Selatan membantu membebaskan rakyatnya (orang kulit hitam). Sudah tiba masanya sekatan ke atas Israel bagi membebaskan rakyat Palestin,” tulisnya lagi.

Mark turut meluahkan rasa sedihnya terhadap apa yang dihadapi oleh Palestin selama ini dan menurutnya sudah sampai waktu bagi semua orang melakukan sekatan dan memboikot Isreal demi menamatkan penderitaan rakyat Palestin.

Dalam pada itu, petisyen bagi mendesak rejim Zionis menghentikan keganasan dan kekejaman menerusi laman web, Avaaz The World In Action kini sudah mendapat lebih 2.6 juta sokongan.

Sumber: Kosmo