Selepas setahun mengurat, akhirnya seorang warga emas lelaki berusia 86 tahun meluahkan rasa syukur apabila pinangannya diterima wanita idaman.
Setahun yang lalu, pinangan Abdullah Ali pernah ditolak oleh isterinya kerana ketika itu masih belum terbuka hati untuk berumah tangga
“Selepas ditolak, saya tidak berputus asa. Setahun saya cuba tambat hatinya, alhamdulillah jodoh kami ada dan selamat disatukan pada Sabtu lalu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Isnin.
Video majlis akad nikah Abdullah dan isteri Siti Zabidah menjadi tular di Tiktok.
Sebelum ini Siti Zabidah pernah mendirikan rumah tangga dua kali dan kedua-dua suaminya telah meninggal dunia pada tahun 2003 dan 2021.
“Lagipun kami berdua masing-masing tinggal sendirian.
“Kebetulan anak-anak saya sama baya dengan isteri dan memberi restu untuk kami bersatu,” katanya.
Perkahwinan mereka adalah atas dasar ingin mencari teman bagi menghabiskan sisa-sisah hidup.
Sumber : Sinar Harian