Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang bebas PKP, tapi masih ada PKPB

TIADA lagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP2.) melibatkan Selangor, Kuala Lumpur, Johor, dan Pulau Pinang.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebaliknya ia akan digantikan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kesemua negeri berkenaan yang yang tamat pelaksanaan PKP2.0 pada Khamis ini tidak akan dilanjutkan.

Keputusan itu dibuat berikutan maklum balas daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan trend penurunan kes di negeri-negeri berkenaan.

“Sementara itu, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak kekal dengan status PKPB,” katanya dalam sidang akhbar di sini, pada Selasa.

Menurut Ismail Sabri, enam lagi negeri iaitu Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrajaya dan Labuan ditukar status daripada PKPB kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan Perlis kekal berstatus PKPP.