Home Berita Semasa Selamat tinggal Hotel Istana, umum tutup operasi 1 September

Selamat tinggal Hotel Istana, umum tutup operasi 1 September

SIAPA tak kenal Hotel Istana yang sememangnya telah bertapak selama 29 tahun di Kuala Lumpur.

Situasi COVID-19 benar-benar memberi tamparan hebat apabila hotel bertaraf lima bintang itu terpaksa membuat pengumuman untuk menutup operasi mereka berkuat kuasa 1 September.

Berikutan keadaan ekonomi yang sangat mencabar, ia turut memaksa pihak pengurusan untuk menawarkan skim pemisahan sukarela atau dikenali sebagai (VSS) terhadap pekerjanya.

Menurut Pengurus Besarnya, Noorazzudin Omar, keadaan ketika ini membuatkan mereka tidak lagi mampu untuk bertahan meskipun bangunan itu kini menjadi pusat kuarantin COVID-19.

Dedahnya lagi, pihak sumber manusia juga akan menghubungi kesemua pekerjanya bagi memaklumkan perkara tersebut.

Setakat ini, pekerja di hotel berkenaan difahamkan masih belum menerima sebarang notis secara rasmi.

Hotel Istana yang gah sebelum ini di ibu kota itu mempunyai sebanyak 23 tingkat terdiri daripada 486 bilik sering menjadi tarikan pelancong mahupun sebagai lokasi majlis-majlis korporat.

Exit mobile version