Home Hiburan Kontroversi Saksi tipu kad pengenalan, Sajat kini dikesan pihak polis

Saksi tipu kad pengenalan, Sajat kini dikesan pihak polis

Nur Sajat Rated Xtra Press Conference

POLIS kini sedang mengesan keberadaan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat bagi membantu siasatan kes penipuan maklumat kad pengenalan.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dalam kenyataan pada 14 Jun, memaklumkan Sajat, 36, yang juga saksi dikehendaki hadir ke prosiding perbicaraan kes berkenaan di Mahkamah Ampang Jaya pada 14 Julai ini.

“Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Ampang Jaya sedang mengesan Muhammad Sajjad yang beralamat terakhir di No 2 Jalan Polo Country Club Selangor, 10/3 Kota Damansara, Seksyen 10, Petra Jaya, Selangor bagi menghadiri perbicaraan kes terbabit,” katanya.

Sajat diburu pihak berkuasa selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan selepas gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Terdahulu menurut laporan media, Sajat didakwa bersembunyi di Thailand selepas menghilangkan diri susulan waran tangkap berkenaan.

Dalam pada itu, pihak polis turut mengesan seorang lelaki berkaitan kes penipuan pelaburan saham yang sedang dalam prosiding perbicaraan di Mahkamah Ampang Jaya.

“Suspek, Cheah Kok Hau yang beralamat terakhir di No 18 Jalan 5, Taman Kandan Batu 8, Jalan Puchong, Puchong, Selangor, didapati tidak hadir pada prosiding perbicaraan kes itu di mahkamah hari ini”

“Kedua-dua individu berkenaan atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai mereka boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Syafrina Nadzleen Ibrahim di talian 019-2692954,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Exit mobile version