SEORANG lelaki dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan tiga sebatan selepas mengaku bersalah merogol isteri rakannya yang sedang sarat mengandung.
Tertuduh, Zul HafiqHafizi Zakaria, membuat pengakuan tersebut di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini.
Tertuduh yang juga merupakan seorang penganggur, telah merogol mangsa berusia 26 tahun di sebuah rumah di Taman Debunga, Merlimau sekitar jam 4.20 pagi pada 21 Januari lalu.
Mengikut pertuduhan, dia telah datang kepada mangsa sewaktu sedang tidur sebelum bertindak menutup muka mangsa menggunakan kain putih.
Mangsa kemudian dipaksa menanggalkan pakaian sambil diacukan pisau kepadanya.
Ketika kejadian, mangsa dikatakan tinggal seorang diri berikutan suaminya yang sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan dadah.
Kes didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan.