Stres hari-hari dirogol ayah jilake kecuali ketika datang bulan, gadis 16 tahun cuba bunuh diri minum cecair pencuci lantai

INI kisah ayah bersifat haruan makan anak yang paling celaka di muka bumi. Sudahlah mendapat hak penjagaan anak tunggal selepas bercerai, dirogolnya pula anak gadis itu boleh dikatakan setiap pagi kecuali jika datang bulan.

Lebih menyedihkan, remaja perempuan berusia 16 tahun itu juga pernah cuba membunuh diri dengan meminum cecair pencuci lantai disebabkan tertekan dirogol bapa kandungnya di rumah mereka yang berlokasi di Bukit Antarabangsa di ibu kota sejak Februari lepas.

Selain itu, hasil siasatan polis mendapati suspek lahanat berusia 42 tahun itu juga memiliki rekod jenayah lampau berkaitan sumbang mahram terhadap adik iparnya sendiri pada 2004.

Perbuatan terkutuk itu terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian itu kepada polis yang menemuinya bersendirian di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur ketika cuba melarikan diri dan mahu pulang ke rumah ibunya di Kuala Nerang, Kedah pada Ahad lepas.

MANGSA yang baru berusia 16 tahun tertekan apabila dirogol bapanya secara berterusan setiap pagi kecuali ketika datang bulan. – Gambar hiasan

Ketika di TBS, mangsa ditahan polis kerana mangsa tiada permit perjalanan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, berdasarkan keterangan mangsa, dia memaklumkan dirogol bapanya berusia 42 tahun di rumah mereka.

“Siasatan awal mendapati mangsa dirogol secara berterusan setiap minggu kecuali ketika mangsa datang bulan tanpa pengetahuan sesiapa.

“Suspek dikatakan merogol mangsa pada awal pagi ketika semua ahli keluarga sedang tidur,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak

Mohamad Farouk berkata, perbuatan itu menyebabkan mangsa berasa takut dan tertekan serta cuba membunuh diri dengan meminum cecair pencuci lantai, Jun lalu, namun tiada laporan polis diterima.

“Mangsa adalah anak tunggal yang masih bersekolah di sekolah menengah di daerah ini. Ibu bapanya sudah bercerai sejak 2004 iaitu sejurus selepas mangsa dilahirkan.

“Sebelum ini, mangsa tinggal bersama ibunya di Kuala Nerang, Kedah. Namun, pada September 2019, bapa kandungnya (suspek) mendapat hak penjagaan dan membawa mangsa tinggal bersama isteri serta empat anak tirinya di rumahnya,” kata Mohamad Farouk.

Beliau berkata, susulan laporan itu, pihaknya menahan suspek di rumahnya Isnin lepas.

“Semakan mendapati suspek mempunyai rekod satu kes rogol sumbang mahram membabitkan adik iparnya pada 2004, manakala ujian saringan air kencing dilakukan terhadap suspek didapati negatif dadah.

“Suspek direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan kerana melakukan rogol secara sumbang mahram,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Most Popular

Warga emas maut ditetak dalam insiden samun

SEORANG lelaki warga emas maut di kediamannya selepas terlibat insiden samun bersenjata selepas ditetak manakala isterinya turut dilaporkan cedera di Jalan Mambu, Bukit...

Binatang! Lelaki guna umpan gula-gula sebelum rogol budak lapan tahun

SEORANG lelaki disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun selepas mengumpan mangsa dengan gula-gula, berhampiran Jalan Tuaran Bypass, Kota Kinabalu, Sabah...

Polis Indonesia dikecam kerana tempatkan pondan instafamous di penjara lelaki

KUMPULAN hak asasi di Indonesia menyelar tindakan polis menempatkan seorang transgender wanita di dalam sebuah penjara lelaki, lapor Harian Metro.

Netizen terpesona kejelitaan nenek umur 53 tahun persis gadis remaja – “Ini manusia atau pontianak?”

SEORANG wanita berusia 53 tahun menjadi tumpuan netizen di Indonesia kerana memiliki wajah awet muda persis anak gadis berumur belasan tahun, lapor...