Sepang: Seorang remaja berusia 14 tahun yang tinggal di sepang dilaporkan hilang telah ditemui selamat awal pagi kira kira jam 3.05 pagi ini di sebuah masjid Ampang Jaya.
Sebelum ini remaja itu dilaporkan meninggalkan rumah mereka di Taman Bandar Bukit Puchong pada petang Khamis lepas dan tidak pulang ke rumah seperti biasa. Berikutan itu satu laporan polis dilaporkan oleh ibu remaja tersebut pada Jumaat lepas
Kenyataan Rasmi oleh Superintendan Shan Gopal Krishnan (Timbalan Ketua Polis Daerah) siasatan awal tidak menunjukan unsur jenayah telah berlaku. Berikutan penemuan remaja tersebut adalah hasil kerjasama orang awan. Perkongsian maklumat dalam komuniti juga dapat menyelesaikan kes dengan cepat. Kerjasama ini amatlah penting dalam kes sebegini ujar beliau.