Home Berita Semasa Pura-Pura Pekak dan Bisu Minta Sedekah, Tapi Pakai Proton X70 Premium!

Pura-Pura Pekak dan Bisu Minta Sedekah, Tapi Pakai Proton X70 Premium!

Seorang pengemis berjaya meraih pendapatan sebanyak RM 500 selama empat ke lima jam di pasar malam Sri Jaya, Maran. Apa yang lebih mengejutkan pengemis tersebut membawa kereta Proton X70 Premium!

Operasi membanteras pengemisan telah dijalankan untuk membasmi aktiviti pengemisan di pasar malam Sri Jaya, Maran. Kelihatan seorang lelaki melayu berjubah dan berkopiah berdiri di celahan payung peniaga pasar malam sambil memegang beg kertas meminta simpati orang ramai yang lalu lalang. Kedua-dua tangan lelaki tersebut kelihatan kecil tidak seperti tangan manusia normal.

Pegawai penguatkuasa JKM Maran menghampiri lelaki tersebut dan bertanyakan tujuan beliau meminta sedekah. Namun, pertanyaan Penguatkuasa JKM tidak dijawab. Beliau kelihatan seperti seorang yang pekak dan bisu. Dilihat di dalam beg kertasnya ada kepingan duit kertas. Sedekah yang diperolehi daripada pengunjung pasar malam.

Berkali-kali Penguatkuasa JKM meminta kad pengenalan bagi tujuan rekod operasi pada hari ini tetapi tidak mendapat respon daripada lelaki tersebut. Setelah didesak barulah lelaki tersebut bersuara. Dia merupakan lelaki yang normal dan bukannya seorang yang pekak dan bisu. Cuma seorang OKU Fizikal (kedua-dua belah tangannya tidak normal).

Beliau mengatakan bahawa kad pengenalannya berada di dalam kereta. Penguatkuasa JKM mengekori lelaki tersebut ke keretanya. Percaya atau tidak, Seorang yang tadinya hanya berdiri meraih simpati orang ramai atas kekurangan dirinya memandu sebuah Proton X70 Premium.

Siasatan lanjut dijalankan oleh Penguatkuasa JKM. Beliau tinggal di Balok, Kuantan dan akan ke pasar-pasar malam untuk menjalankan aktiviti pengemisan. Semakan juga mendapati beliau menerima Elaun Pekerja OKU daripada pihak JKM sebanyak RM450.00 sebulan sejak tahun 2001 lagi. Beliau juga mengaku bahawa kereta Proton X70 Premium tersebut adalah miliknya.

 

Lelaki tersebut dilepaskan dengan amaran oleh Penguatkuasa JKM.

Exit mobile version