Presiden Türkiye Tiba di Malaysia untuk Kunjungan Kenegaraan

Ada Apa Dengan Melly..? PROM NITE

Kuala Lumpur – Presiden Türkiye, Recep Tayyip Erdoğan, tiba di Malaysia pagi ini untuk memulai kunjungan kenegaraan selama tiga hari. Kedatangan beliau disambut dengan upacara penyambutan rasmi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Anwar Ibrahim.

Memetik dari hantaran facebook beliau berkata lawatan ini akan mengeratkan lagi hubungan serta kerjasama terjalin dia anatara dua negara selain mengukuhkan dunia islam.

Selain itu kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan bilateral antara Malaysia dan Türkiye dalam pelbagai bidang, termasuk perdagangan, pelaburan, pertahanan, dan kebudayaan.

Presiden Erdoğan dijadualkan bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, untuk membincangkan kerjasama strategik serta isu-isu global yang menjadi kepentingan bersama.

Presiden Erdoğan juga akan menghadiri Forum Perniagaan Malaysia-Türkiye, yang dijangka menarik minat lebih 500 ahli perniagaan dari kedua-dua negara. Forum ini diharapkan dapat membuka peluang baru dalam sektor perdagangan dan pelaburan, terutamanya dalam industri teknologi, pembinaan, dan halal.

Kunjungan ini juga akan menampilkan pertukaran budaya, dengan persembahan tradisional dari kedua-dua negara dijadualkan berlangsung di Istana Budaya. Acara ini diharapkan dapat memperkenalkan kekayaan budaya Malaysia dan Türkiye kepada masyarakat antarabangsa.

Ini merupakan kunjungan kedua Presiden Erdoğan ke Malaysia sejak beliau memegang jawatan, menandakan hubungan yang semakin erat antara kedua-dua negara. Rakyat Malaysia berharap kunjungan ini akan membawa manfaat bersama dan memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang.